..
Lakaran diri. Siapa saya di astaka jingga?
Hai, awaknya! saya [kwafeLt], [pustakawan-at-Mahfuzah-Lodge]. Lokasinya bertempat di luar batas koordinat nyata. Di sebalik katalog perpustakaan, saya jurutera maklumat yang memastikan setiap buku mudah ditemui seperti bintang di langit malam. Menjadi persoalan, sejak bila saya terdampar di sini?
Dalam kisah lain, di lembaran masa silam, saya pernah menjadi bayang-bayang nakal—mengoyak helaian buku, menyeludupnya keluar, mencari sesuatu yang entah apa, entah ke mana. Kini saya berkarya dalam irama berbeza—selingan menulis prosa serta men-zalimi-fungsi sistem perkomputeran.
Dunia nyata tidak selalu ramah, adakalanya saya keluar sekali-sekala. Separuh hari yang tersisa di-daya-guna-kan sebagai Kurator kafe bebas. Dalam coretan yang tertulis di kanvas waktu, jadilah saya "Caffeine Artisan".
Terima kaseh, masih sudi singgah.
Di sini saya kongsikan sedikit renta-memori yang tak pernah sempurna. Esok lusa, pasti terlintas mahu mengubah apa yang ditulis semalam. Berikut jejak tinggalannya, terpeta dalam kata.
FINN.
Pautan ke Lorong-Lorong Asing.
Pejalanan dunia menuju abadi.