**proxied: 20251006-mekar-di-tanah-luka.gmi**

Mekar di Tanah Luka

Kami merindui hidup yang pernah bersemi, bukan kerana barang yang fana atau hak yang tercabut, tetapi kerana tanah terjajah menyimpan nadi leluhur, rumah yang berdiri bersama doa menampung harapan, jalan yang dahulu bergema dengan tawa kini sekadar bayang dalam ingatan.

Ketenangan terputus oleh taklukan, hari-hari dicerabut tanpa izin, meninggalkan gema yang pudar, berbisik di sudut sepi yang enggan melepaskan; bukan masa lalu yang ingin diulang kerana waktu tidak kembali, yang dituntut ialah akar yang meneguhkan bumi, tunas yang menghidupkan hayat, jiwa yang menemukan makna ketika berpaut pada warisan tak terganti.

Rindu yang dalam bukan sekadar kenangan melainkan janji yang terpateri, bahawa tanah yang luka bakal pulih, kehidupan yang dirampas akan menyala semula, menyalurkan cahaya kepada generasi yang masih belajar mengenal kebebasan.

“Aliran raya temu segara, Filastin abadi merdeka nusa.”
..

**Piagam. Jam-0921. (2025-okt-6th)**

Return to Capsule Index