**proxied: 20250905-tapak-luar-lingkar.gmi**

Tapak Luar Lingkar

Jadi baik itu berat,
pandangan manusia
seperti bara di dada.

Kebaikan — luka yang dijaga,
diam juga satu khianat.

Lebih mulia dituduh hipokrit
daripada bernafas
dalam gelap sendiri.

Tuduhan lahir kerana pedih
melihat orang lain mendaki.

Namun langkah kecil ke terang
tetap lebih bernilai
daripada cahaya padam dalam kelam.
..

**Pemurnian. Jam-1500. (2025-sep-5th)**

Return to Capsule Index