**proxied: 20250808-warisan-dalam-jadual-perobohan.gmi**

Warisan Dalam Jadual Perobohan

Di tengah kota ada tanah tua,
yang tidak diwarisi dengan nama semata,
tetapi dengan cerita, dengan sukma.

Satu pelan besar hadir mendekat,
menghulur janji, membentang harapan.
Sebahagian menyambut,
kerana hidup tak boleh menunggu.
Sebahagian mendiam,
kerana harga tidak pernah mengukur segalanya.

Ini bukan tentang menolak pembangunan,
tetapi tentang cara ia dibawa.
Bukan semua rumah perlu tumbang
untuk mendirikan esok.

Yang bertanya, bukan membangkang.
Yang bersuara, bukan menentang.
Mereka hanya ingin tahu —
masihkah ada ruang untuk terus menetap
di kota yang pernah mereka jiwa?
..

**Kampung Sg Baru, KL. Jam-1850. (2025-Aug-8th)**

Return to Capsule Index