**proxied: 20250807-sunyi-yang-tak-bernama.gmi**

sunyi, yang tak bernama

sunyi ini, bukanlah kekosongan
ia penuh,
dengan suara yang tidak dijawab
dengan pandang yang tidak disambut
dengan hadir yang tidak dirai

ia berdiri —
antara ingin pulang, dan tak tahu ke mana
antara mahu didengar, dan tidak tahu siapa

tiada angin pun tak mengapa
asal jangan ada suara
yang tanya:
kenapa kau diam?

aku tidak diam
aku sedang mendengar
segala gema yang tidak pernah
dibelai oleh sesiapa

dan malam —
malam ini tidak gelap
cuma tiada siapa yang melihat
cahaya kecil dalam dada
yang masih nyala walau retak

sunyi ini
bukan musuhku
ia hanya ruang
untuk aku jadi benar-benar
aku.
..

**berDIAM. Jam-2245. (2025-Aug-7th)**

Return to Capsule Index