**proxied: 20250729-pemilah-pusaka.gmi**

Pemilah pusaka

Dia bukan pendobrak,
cuma penyaring warisan
yang tidak mahu
agamanya jadi dinding debu.

Mujadid
bukan ditolak kerana salah,
tetapi kerana mengganggu
apa yang sudah biasa.

Musuhnya jarang bertaring —
selalu berseragam sopan,
takut kehilangan kuasa,
pengaruh,
dan naratif
yang dijahit sendiri.

Kerana mengubah bukan senjata,
tetapi keberanian
yang datang tanpa dijemput.

Dan yang membetul
selalunya berdiri sendirian —
lama sebelum difahami.
..

**selang-masa. (2025-Jul-29th)**

Return to Capsule Index