**proxied: 20250706-ujar-tanpa-sia.gmi**
Ujar Tanpa Sia: “Lidah yang Berniat”
Bukan semua yang menulis luka, berniat menambah derita. Ada yang menggarap gelap, kerana mahu yang lain celik sebelum terbakar.
Jika kata-kata itu menusuk, bukan kerana ia senjata, tetapi kerana ia cermin—yang memantulkan apa yang ramai enggan lihat.
Bertanya bukan dosa. Menulis bukan nista. Dan diam—itu yang paling derhaka pada dunia yang sedang retak.
..
**Terurai. Jam-2245. (2025-July-6th)**