**proxied: 20250706-soalan-menunda-runtuh.gmi**
Soalan Menunda Runtuh
Bukan Paranoid, Tapi Bersedia: Berfikir tentang kiamat, perang global, atau tempat perlindungan bukanlah bayangan takut yang gila; itu gema kesedaran—seruan untuk terus hidup meskipun langit retak. Dalam dunia yang kian longgar pegangannya, hanya yang tajam naluri akan melontarkan tanya yang membebankan. Soalan itulah yang memisah antara yang lena dalam nyaman palsu, dan yang bersedia menghadapi getir yang belum menjelma.
Lembam Akliah: Di balik gegaran semesta, terserlah wajah-wajah pegun—bukan kerana sejahtera, tetapi kerana fikiran enggan berdenyut. Mereka tampak tenang, bukan kerana berani, tetapi kerana belum mengerti bahawa dunia sedang retak perlahan-lahan.
..
**nyahfikir. Jam-2216. (2025-July-6th)**