**proxied: 20240328-siasah-gelita.gmi**

Siasah Gelita

Di hujung dunia yang samar, dia melangkah dalam kabus yang tak bertepi. Bukan tanah yang menolak, bukan angin yang menghalang, tetapi fikirannya sendiri yang terbelenggu. Dalam genggaman, sebutir nur berdenyut perlahan—menunggu takdirnya ditentukan. Dia menghulur, membiarkan sinar itu mencari tempat berlabuh. Ada yang menyambut, lalu pandangannya terbuka, melihat dunia dengan mata yang baru. Namun, ada yang berpaling, membiar cahaya meluncur pergi, kerana tangan yang tertutup takkan mampu menerima, dan jiwa yang kaku menolak untuk sedar.

Maka, dia pun berlalu—kerana kejahilan boleh disinari, tetapi kebodohan mencipta gelapnya sendiri.
..

**gelincir, jam-2317. (2024-mac-28th)**

Return to Capsule Index