**proxied: 20210918-kata-dan-diam.gmi**
Kata dan Diam
Ku lihat wajahmu terzahir keliru. Berkali ditanya kenapa, pandangan memudar, tatapan nan sayu. Tidak terluah walau dipaksa, bertahan di lidah, terus membisu. Jika ada sesuatu, kenapa disepikan saja?
Kamu salahkan aku kerana aku salahkan kamu, sambil aku salahkan kamu kerana kamu salahkan aku; lalu sampai bila mahu berseteru?
Seperti kamu, aku juga rindu kita yang dulu. Masihkah ada ruang, prosa berjela dijilid nanti?
..
**Dilema. (2021-sept-18th)**