**proxied: 20210417-menggalas-kenangan.gmi**
Menggalas kenangan (re-write)
Penghujung musim pinggiran pesta layangan kertas, seorang teman sampaikan padaku nukilan-kata; khabarnya, serahan itu berawal dari kamu yang sembunyi dibalik pintu. Lalu jemari merapat ambil tanpa bertanya, tanpa suara walau ungkapan balas-terima. Mungkin kerana ase-terpaku menggalas beban saat termanggu, tidak terjangka apa berlaku.
Lipatan memo berganti genggam, pandangan-ku-toleh mencari tahu, siapa disana? Munculkan diri. Dari jauh, tanganmu diangkat melambai sopan; dari jauh, wajahmu riang persembahkan senyuman. Dari jauh jarak berdiri berupa pemula sebuah penantian, dan hari itu adalah hari terakhir ku-lihat kamu sebelum terpisah dalam keramaian.
..
**Ain'Zu; memoire 2006, re-write-selepas-subuh. (2021-april-17th)**