**proxied: 20200306-jingga-awan-senja.gmi**

Jingga Awan Senja

suatu pinggir petang 'tika berawal senja, lihat latar langit bercorak kapas jingga. sunyi hujung dengar cengkerik seru gelap, tergerak pudar terik beransur sinar malap.

sayu hanyut waktu dini malam melangkah, jingga warna awan tampak mula berubah. terhijab-sorok indah ruangan pasir bintang, pemasa 'steampunk' rosak, horologi yang dibuang.

terdetik nak dikarang berdetak-nan-menari, bebenang cereka belum-lena dah termimpi. berbisik beza pandang lantang disindir usir. cetek akal fikir luah ludah muntah hanyir.

suci sebentar, melintas putih, bersih bertukar, kelabu suram.
..

**hari-hari sebelum pekan. (ORIG-julai-2018. Kemaskini-2020-mac-6th)**

Return to Capsule Index