**proxied: 20190210-komitmen-wawa.gmi**

Komitmen Wawa

Rela aku gagahkan hati berdiri bawah terik hari tanpa pelangi; sesekali paksa berlari jauhi lompong waktu dunia selari. Biar berganda mentari, namun susuk jiwa masih di sini, berpayung jati diri; hanya dari itu, pinjamkan aku ruang di pekan waktu kotakan janji.

KETIKA MASA — jika kamu fikir aku penyelamatmu, aku fikir sebaliknya, kerana bagi aku, kamulah pemudah caraku. Pagi ini aku gantikan kamu; pulanglah berehat, ringankan lelahmu.

Kisahnya, Wawa, sang barista, terhimpit keletihan. Tangan yang biasa menyapa cawan kini terhenti lemah. Ketika ini, biarkan segala keresahan mereda. Dan esok, semoga semangatnya kembali menyala.
..

**barista-95-wawa. (2019-feb-10th)**

Return to Capsule Index