**proxied: 20190129-januari-jerat-tekad.gmi**

JANUARI JERAT TEKAD

Januari, aku mula bukan dengan harap, tetapi dengan terpaksa menyala dalam gelap. Langkahku bukan pilihan — ia jerat yang dinamakan azam.

Dan setiap pagi, aku bangun kerana harus, bukan mahu. Jika stesen kecil terlihat berselerak, bukan tangan terakhir yang meninggalkannya. Langkah telah diangkat seawal empat tiga puluh pagi — mungkin ada yang menyambung, mungkin cuma diam yang tinggal.

Jangan ditanya tentang helaian lembap yang lesap, atau sudu terbiar dalam sinki. Tugas telah ditamatkan lebih awal, dan siluet yang terpantul di kaca masa — diam mengerti, aku telah pun berpaling sebelum sempat disapa.
..

**McCafe, store-305. (syuruq-2019-Jan-29)**

Return to Capsule Index